Tapi sebelum anda menghabiskan wang yang lebih banyak untuk rawatan awet muda kita lakukan dulu tip paling mudah  yang sejak sekian lama diperturunkan namun tidak diamalkan oleh kebanyakan daripada kita.

Petua ini dikongsi oleh Dr. Zubaidi Haji Ahmad dalam laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yg mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kpd mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.

Baru – baru ini saya terbaca mengenai salah seorang bekas Presiden Soekarno; Hartini,yang terkenal sihat dan cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air sejuk kosong ) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.